Hipster Pomade 2019 Agent Revamp

Terima kasih kerana berminat/sudah menjadi sebahagian daripada team Hipster Pomade. Sebagai tanda penghargaan dan permulaan untuk tahun 2019, kami sudah merancang dan ingin melaksanakan beberapa pembaharuan untuk memperbaiki sistem jualan.
Langkah-langkah yang akan diambil bakal menambahkan lagi pendapatan anda apabila anda kekal focus di dalam team Authorized Dealer untuk team Hipster Pomade.

Antara perancangan pembaharuan yang akan dilakukan ialah:

  • New Price Structure + Loyalty Enforcement
  • Special Product Line
  • Distribution ideas and tools 


New Price Structure + Loyalty Enforcement



Harga yang ditawarkan akan terbahagi kepada 3 peringkat:





Stage 1

Stage 1 adalah stage permulaan dimana anda akan beli Hipster Pomade dengan harga RM19 untuk setiap tin dan minimum pembelian ialah sebanyak 20 pieces.


Stage 2

Stage 2 adalah stage dimana anda restock dan akan dapat dengan harga RM18 untuk setiap tin dan minimum pembelian ialah sebanyak 10 pieces. Anda perlu kekal untuk restock setiap bulan untuk di naikkan ke Stage 3 atau anda akan jatuh semula ke Stage 1.


Stage 3

Stage 3 adalah dimana anda restock dan akan dapat dengan harga RM17 untuk setiap tin dan minimum pembelian ialah sebanyak 10pcs . Anda perlu kekal untuk restock setiap bulan untuk kekal kan harga RM 17. Sekiranya anda gagal untuk restock pada bulan itu, anda akan jatuh kepada Stage 1 semula yang berharga RM19/tin. 

Special Product Line

Seperti mana yang anda tahu, produk Hipster Pomade kini boleh didapati di Watson dan Mynews.

Untuk langkah memberikan kelebihan kepada Authorized Distributor, kami akan mengeluarkan product line yang baru khas untuk Authorized Distributor dan Authorized Dealer (Agent) Hipster Pomade.

Kami masih dalam proses R & D dan tarikh pengeluaran akan di update dari masa ke semasa.

 

Distribution Ideas and Tools

Tak reti nak flow Hipster Pomade?

Jangan risau, kami faham dengan situasi anda. Apa yang anda perlu mulakan ialah percaya bahawa ianya boleh dijual kerana branding Hipster Pomade kini dimana mana dan bukan semua orang yang akan beli secara online dan ada masa untuk beli di Watson dan Mynews.

Kami bercadang untuk adakan session Live di FB tentang cara-cara untuk melaksanakan Distribution Plan and Tools yg bersesuaian untuk anda. Medium lain seperti perjumpaan juga akan dirancang dari masa ke semasa.

Terima kasih.