Hipster Pomade 2019 Stockist Revamp

Terima kasih kerana berminat/sudah menjadi sebahagian daripada team Hipster Pomade. Sebagai tanda penghargaan dan permulaan untuk tahun 2019, kami sudah merancang dan ingin melaksanakan beberapa pembaharuan untuk memperbaiki sistem jualan.

Langkah-langkah yang akan diambil bakal menambahkan lagi pendapatan anda apabila anda kekal focus di dalam team Authorized Distributor untuk team Hipster Pomade. 

 

Antara perancangan pembaharuan yang akan dilakukan ialah:

  • New Price Structure + Loyalty Enforcement
  • Special Product Line
  • Distribution ideas and tools 

 

 

New Price Structure + Loyalty Enforcement

 

Harga yang ditawarkan akan terbahagi kepada 3 pringkat:

Stage 1

Stage 1 adalah stage permulaan dimana anda akan beli Hipster Pomade dengan harga RM15 untuk setiap tin dan minimum pembelian ialah sebanyak 250pcs. Anda juga akan diberi Hipster Pomade Promotion Table (1pcs) secara percuma untuk membantu anda dari segi jualan. *Restock Period (1 month)

 

Stage 2

Stage 2 adalah stage dimana anda restock dan akan dapat dengan harga RM14.50 untuk setiap tin dan minimum pembelian ialah sebanyak 250pcs. Anda perlu kekal untuk restock setiap bulan untuk di naikkan ke Stage 3 atau anda akan jatuh semula ke Stage 1 tanpa menerima Promotion Table secara percuma. *Restock Period (1 month)

 

Stage 3

Stage 3 adalah dimana anda restock dan akan dapat dengan harga RM14 untuk setiap tin dan minimum pembelian ialah sebanyak 250pcs. Anda juga akan menerima 5% daripada jumlah restock (tin) setiap kali anda restock. Anda perlu kekal restock pada setiap bulan supaya tidak jatuh ke Stage 2 dan seterusnya Stage 1.

 

 

Special Product Line

Seperti mana yang anda tahu, produk Hipster Pomade kini boleh didapati di Watson dan Mynews.

Untuk langkah memberikan kelebihan kepada Authorized Distributor, kami akan mengeluarkan product line yang baru khas untuk Authorized Distributor dan Authorized Dealer (Agent) Hipster Pomade.

Kami masih dalam proses R & D dan tarikh pengeluaran akan di update dari masa ke semasa.

 

 

Distribution Ideas and Tools

Rasa susah nak flow Hipster Pomade?

Jangan risau, kami faham dengan situasi anda. Apa yang anda perlu mulakan ialah percaya bahawa ianya boleh dijual kerana branding Hipster Pomade kini dimana mana dan bukan semua orang yang akan beli secara online dan ada masa untuk beli di Watson dan Mynews.

Kami bercadang untuk adakan session Live di FB tentang cara-cara untuk melaksanakan Distribution Plan and Tools yg bersesuaian untuk anda. Medium lain seperti perjumpaan juga akan dirancang dari masa ke semasa.