Terms & Conditions
SYARAT-SYARAT & TERMA PERADUAN
- Peraduan ini terbuka kepada pengguna Hipster Pomade yang merupakan WARGANEGARA Malaysia.
- Kakitangan Haircrafter International Sdn Bhd dan stokis Titanium Hipster Pomade TIDAK DIBENARKAN menyertai peraduan ini.
- Satu tin = satu penyertaan. Tiada had penyertaan.
- Peserta perlu melengkapkan borang seperti arahan yang disediakan.
- Bagi menyertai peraduan ini, peserta perlu menyimpan tin Hipster Pomade sebagai bukti pembelian.
- Pihak Haircrafter International Sdn Bhd berhak menukar hadiah kepada hadiah lain yang sama nilai pada bila-bila masa tanpa perlu memberikan notis terlebih dahulu kepada peserta.
- Tempoh peraduan adalah sehingga 30 Jun 2017.
- Pemenang akan ditentukan berdasarkan kepada CABUTAN yang akan dibuat pada setiap hari ke-30 pada bulan tersebut.
- Hadiah Utama akan dicabut pada 30 Jun 2017.
- Pihak Haircrafter International Sdn Bhd berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap dan/atau diterima oleh Haircrafter International Sdn Bhd selepas tamat tempoh yang ditetapkan.
- Tuntutan hadiah hendaklah dilakukan pada 2 minggu selepas pemenang diumumkan.
- Sekiranya pemenang gagal untuk menghubungi pihak Haircrafter International Sdn Bhd, maka kemenangan peserta tersebut akan terbatal secara automatik. Cabutan seterusnya akan dilakukan bagi mencari pengganti pemenang.
- Pemenang tidak boleh menghantar wakil untuk menerima hadiah bagi pihak pemenang.
- Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai dan hadiah mesti dituntut dalam tempoh yang ditetapkan.
- Hadiah yang tidak dituntut dalam tempoh yang ditetapkan akan dianggap luput.
- Dengan menyertai peraduan ini, peserta dianggap BERSETUJU untuk mematuhi syarat syarat dan terma peraduan. Haircrafter International Sdn Bhd berhak untuk menukar syarat-syarat dan terma peraduan tanpa perlu memberi notis kepada peserta dan peserta bersetuju untuk mematuhi penukaran tersebut.
- Jika terdapat sebarang percanggahan dalam pemilihan pemenang, pihak Haircrafter International Sdn Bhd akan mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.
- Keputusan Haircrafter International Sdn Bhd adalah MUKTAMAD dan sebarang surat menyurat dan segala bentuk komunikasi TIDAK akan dilayan.
- Pihak Haircrafter International Sdn Bhd berhak untuk membatalkan keputusan pemenang yang didapati melanggar syarat-syarat dan terma peraduan tanpa perlu memberi notis kepada mana-mana pihak.
- Dengan menyertai peraduan ini, peserta memberi kebenaran kepada pihak Haircrafter International Sdn Bhd untuk menggunakan butir-butir peribadi, nama dan/atau gambar pemenang sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan, perdagangan dan/atau publisiti dan peserta tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.
- Pihak Haircrafter International Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab atau tanggung dalam apa juga keadaan bagi sebarang kehilangan, kerosakan, cubaan untuk merosakkan, kecurian atau perubahan ke atas hadiah-hadiah selepas pemberian hadiah kepada pemenang.
- Pihak Haircrafter International Sdn Bhd mempunyai hak kuasa sepenuhnya untuk mengubah sebarang aspek kempen dari masa ke masa (termasuk tapi tidak terhad kepada menamatkan, memberhentikan, mengubah, menangguhkan, merubah isi kandungan atau tempoh Kempen) tanpa sebarang pemberitahuan, dengan syarat perubahan tertentu yang tidak berkuatkuasa.